Kelas Microsoft Words - Table
2 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 01 Februari 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words - Table selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta tentang Microsoft Words dan cara menggunakannya dalam menyiapkan tugasan sekolah.Peserta telah diajar menggunakan Table untuk menghasilkan kekotak dan jadual.Untuk menarik perhatian peserta,kami telah mengajar mereka menghasilkan Kotak Bingo dan bermain bersama.
Pada akhir kelas,peserta telah dapat memahami cara menghasilkan Table yang sesuai dan menggunakannya dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: